Myanmar News Agency

Myanmar News Agency atau Agensi Berita Myanmar (Bahasa Burma: မြန်မာသတင်းဌာန atau disingkat sebagai MNA) merupakan agensi berita rasmi negara milik pemerintah Myanmar, beribu pejabat di Yangon, Burma. MNA ditubuhkan pada 1963 setelah peristiwa kudeta pemerintah pada 1962 sebagai Agensi Berita Burma (NAB).[1][2] Kini MNA berada di bawah News and Periodicals Enterprise dari Kementerian Penerangan Myanmar[3]. MNA memiliki hak tunggal untuk mengambil gambar dari acara yang dijalankan pemerintah, termasuk pertemuan dengan pemimpin pembangkany Aung San Suu Kyi dan pejabat pemerintah. Mingguan tempatan di Burma bergantung kepada MNA untuk mendapatkan gambar yang digunakan untuk menulis artikel.Agensi berita ini dijalankan oleh Kementerian Penerangan dan melakukan penapisan terhadap berita tempatan dan luar negara[4]. Ia berada di bawah News and Periodicals Enterprise bersama dengan tiga surat akhbar utama di Myanmar[5].MNA juga menggunakan pemberitaan yang berasal dari Reuters dan Press Trust of India[6].MNA memiliki perjanjian pertukaran berita dengan agensi berita antarabangsa lain iaitu Xinhua, ITAR-TASS, Yonhap, Kyodo, Tanjug, ANTARA, KPL dan VNA[7].